Jumaat, 12 Ogos 2011

khas untuk umiku...

...:: SALAM ::...

alhamdulillah ku tujukan untukMU ya RABB, terima kasih atas peluang yg KAU kurniakan pdku, aku masih ada kesempatan untuk membuat sebuah dedikasi khas bersempena hari lahir umi... syukur yang teramat ku ucapkan pdMU sekali lagi wahai tuhan...

maka hari ini, genaplah usia umi yang ke 51... hari ini daku tidak mampu untuk berikan ciuman tanda kasih sayangku terhadapmu wahai umi, hari ini juga daku tidak mampu untuk berikan hadiah sebagai tanda dariku untukmu... aku juga tidak dapat mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR tepat pada waktunya, kerana sewaktu jam 12 mlm,

mungkin dikau telah tidur... jadi daku tidak mahu mengganggu tidurmu wahai umi. seperti yang diketahui, jarak waktu di sini amat berbeza dengan malaysia, jd daku akan mengucapkan seawal yg mungkin, mungkin aku bukan insan yg pertama memberi ucapan hari lahir pdmu, maaf ye umi... tp jgn risau yer, daku telah menghantar pesanan ringkas buatmu melalu sms, di harap umi membacanya.. dan untukmu jua telah ku nukilkan sebuah kata2 indah untukmu.. hayatilah sebaiknya yer

" Ku kirimkan ungkapan doa ini padamu, semoga bersempena dengan hari kelahiranmu ini, bersamaan dengan bulan Ramadhan yang sedang mengiringi, maka ku mengharapkan semakin istimewa dan semakin teguh bertakhta sekuntum nama yang amat indah iaitu ALLAH S.W.T di hatimu. Selamat Hari Lahir untukmu umiku, ingatlah bahawa perjuanganmu itu membawa sebuah identiti, yang amat baik iaitu ISLAM. Semoga umi sentiasa berada dalam rahmat ilahi dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki padamu wahai umiku yg tersayang...” sekian saja


...:: TERIMA KASIH BUAT PEMBACA::...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan